Monday, July 27, 2009

Umar di Taman Mewah, Sungai Petani

Semalam kami semua balik sungai petani, sebabnye dua-dua beradik batuk dan selsema so pegi klinik pakar kanak-kanak Harcharan. Lepas balik dari klinik tu singgah umah mak dulu. pukul 7pm baru kami balik ke nibong tebal. Saya tanya Umar, nak tinggal umah Tok Mak tak? dia kata nak, so tinggal lah dia kat sana, hari selasa nanti kami dtg balik sebabnye hari rabu dan khamis Rahim ada kursus di Kepala Batas.

So balik semalam, umah sunyi je, tak dengar suara Umar. Nizar plak macam pelik je, bila tengok abang dia takde. Lumrah lah kan, bila ada riuh umah macam ada anak 10, bila takde rasa sunyi sangat, Ibu rindu lah kat Umar.

Pagi tadi masa hantar Nizar ke rumah kak Ju, Nizar pulak dah pandai nak nangis bila bagi kat tangan kak Ju. bila saya dah naik kereta, Nizar buat muka sedih dan sebek (cakap org Penang). Agaknye sedih sebab sorang2 kat rumah kak Ju, takde orang nak menyakat dia hehehehhe.

Umar esok petang Ibu datang ye...

0 comments: