Thursday, February 25, 2010

Petua melembutkan hati anak




Hari ni rasa nak bercerita pasal nak mendidik anak2 supaya dengar cakap kita. saya cari banyak info dan lastly saya jumpa petua ni di dalam blog alberuni. Anak2 merupakan rezeki kurniaan dari Allah, jika kite tak jaga amanah Allah ini, kite yang berdosa. Kadang2 anak2 ini buat kite rasa hilang sabar, kadang2 boleh 'terpukul' juga kan. Dengan petua yang diberikan ini insyaAllah saya akan praktikkan, walaupun tak semua yang disenaraikan tu mampu diamalkan.

Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
  • 1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

4. Cara ini juga boleh dicuba
  • 1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
  • 2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
  • 3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]

Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

Wednesday, February 17, 2010

TUPPERWARE CATALOGUE 2/2010 ( 17 FEBRUARY - 31 MARCH 2010)


Hi everyone,
Bermula dari 17 Februari diperkenalkan produk kesihatan yang baru daripada Tuperware Brand iaitu Colustrum DHA Chews.
Di samping itu terdapat produk-produk lain yang menarik ditawarkan dengan harga yang berpatutan.








Untuk melihat produk-produk lain boleh klik di sini

Monday, February 8, 2010

Nokia 5730 Xpress Music

The Nokia 5730 Xpressmusic is a dual-mode music phone supporting WCDMA/HSDPA, EGSM, and WLAN. The device features a side slider qwerty keyboard for fast and easy messaging and dedicated gaming keys for excellent gaming usability. Enjoy videos, music, and graphics on the 2.4” QVGA display with orientation sensor. Find directions and locations with the integrated A-GPS and included maps. Take photos with a 3.2-megapixel autofocus camera with Carl Zeiss optics. Additional features include USB charging with simultaneous data transfer, Bluetooth 2.0 +EDR, UPnP and USB 2.0 High-Speed. Supported WCDMA frequencies depend on the region where the device is available.

The Nokia 5730 Xpressmusic is Nokia's first music-optimized device to offer a full QWERTY keyboard - ideal for quick messaging. The heart of this music device is the Homescreen for XpressMusic, providing access and dynamic information on music, people, games, email and calendar.The Homescreen features an improved contacts bar with up to 20 friends and family members and provides direct access to music, N-Gage and other applications, like Facebook, Ovi Contacts and more. With Ovi Contacts, people see which friends are online, chat and even view what music they are listening to.

The Music shortcut offers a quick access to the music stored on the device as well as to the Nokia Music Store where they can find for information on artists, music and over-the-air downloads, directly on the device.

With the dedicated gaming keys the Nokia 5730 Xpressmusic is a true N-Gage gadget. Direct access to the N-Gage Arena community and the preloaded N-Gage games invite to connect and compete and check high scores with online friends.(Credit to mobile88.com.my)

Hmm nice kan?

Wednesday, February 3, 2010

.: PROSPERITY CHINESE NEW YEAR (1st FEBRUARY - 20th FEBRUARY 2010):.

Come and grab this latest promotion for Chinese New Year Festive. Antara North region, central and south, their promotion is different. So hurry up!