Thursday, September 10, 2009

ManjakuSayang Collection Giveaway

ManjakuSayang Collection sesuai untuk sesiapa yang ingin mencari pakaian untuk bayi mereka, tak kira baby boy or girl. Jenis produk yang dijual dari legging hinggalah kepada topi. so apa lagi jom le kite surf tengok blog ini; http://manjakusayangcollection.blogspot.com/

Rayyan 5 bulan 1 minggu


Supposely esok Nizar Rayyan genap 5 bulan. Perkembangan Rayyan sekarang ni, dia dah boleh meniarap dan akan menangis bila Ibu dia hilang dari pandangan dia. Bila ada depan mata dia bukan main seronok lagi, terkepak-kepak minta didukung. Umar pula nampaknye dah boleh jaga adik, 2 hari lepas dia tido kan adiknye masa saya nak solat. Pandainye si abang Umar ni. Ibu sayang Umar & Rayyan.


Wednesday, September 9, 2009

TUPPERWARE CATALOGUE 3/2009


From 17 Aug - 30 Sept 2009 Tupperware Brands mempromosikan produk yang sesuai sepanjang musim perayaan ini. Have a look here beberapa produk yang baru and you can browse for full catalogue at here.



Rumah baru yang entah bila boleh masuk


Hmmm, macam menunggu buah sukun masak lah kami ni, kunci rumah baru dah dapat 15/8/09,. pegi bayar deposit untuk elektrik 19/8/09, tp dah hampir 3 MINGGU, TNB tak pasang2 elektrik lagi. Hari2 kami tepon, tak larat dah rasanye, org TNB asyik cakap '2-3 hari ye elektrik akan pasang' banyak lah 2-3 hari sekarang dah masuk 2-3 minggu dah. macam2 alasan diberi kpd kami, letrik tak stable lah, pemaju tak bayar lagi lah. Rasa macam nak pi serang je opis pemaju ni. kalu ikut perancangan sebelum raya ni nak masuk umah baru, tp klu mcm ni keadaannye xtau lah.....

Wednesday, August 19, 2009

Tahun terakhir merasa angka 2, hehehehhe

Hari ni, umur saya berganjak ke 29 tahun. Hmm umur dah makin meningkat anak juga bertambah sorang lagi hehehheh. Birthday kali ni biasa saje, takde pun celebrate. And surprisenya semalam Ayu bagi cupcake yang dibuat sendiri. Wah lepas ni boleh le buat bisnes cupcake plak heheheh. Thanks Ayu for the lovely cuppies. Tapi bunga yang Ayu buat tu dah terkemek oleh penutup container tu, sayang. Kek yang Cik Ayu kita ni buat sedap nyum nyum. nanti boleh buat lagi ye.

Thursday, August 13, 2009

3 hari yang lesu

Since on Monday 10/8/09, saya dah mula sakit kepala dan sakit badan. tak larat nak buat labwork just sempat ambil sample je. Petang tu saya terus pegi klinik jumpa Dr Jammy, ambil ubat. memang saya dah demam then she gave me MC. malam tu Allah saja yang tahu kepala saya berdenyut-denyut sakit, sampai nak bagi susu kat si kecik tu pun xmampu. Rahim yang tolong buat kan susu.

Esoknye, Rahim masih boleh pergi sekolah macam biasa, dan dia yang hantar anak2 ke rumah kak Ju. dalam pukul 12 lebih dia call bgtau badan dia sakit2 dan rasa nak demam. terus dia balik rumah. So kami berdua demam. Rahim dapat cuti 2 hari sehingga hari ni. saya ni masih sakit kepala dan sakit badan, demam dah lega dah. Alhamdulillah bukan kena penyakit yang sedang menular ni...

Nak makan apa pun xberapa nak lalu, semua rasa pahit. semalam saya cuba jugak lah masak bubur dan goreng ikan bilis, boleh jugak lah di makan. Alhamdulillah Nizar tak byk ragam, senang je dia tido, agaknye dia tau Ibu dia sakit. InsyaAllah esok saya boleh bekerja seperti biasa..... Aminnn.

Saturday, August 8, 2009

Kebun Tok Abah di Bukit Selambau


Kami semua ke kebun tok abah on this day. nak buat rumah itik hehehehhe. Abah ada beli 4 ekor anak itik semasa Festival Kedah Maju bulan lepas. So bila anak itik ni dah besar sikit baru lah nak dilepaskan di kebun bukit selambau ni. Umar lah yang paling excited, sibuk nak jugak nak bersihkan kawasan untuk jadikan tempat itik2 ni bermain. Nizar pulak duduk dalam rumah dgn ibu, takut kena gigit nyamuk hehehhehe, tp boring gak dok dalam umah aje, keluar jugak lah tengok kawasan sekitar.