Saturday, April 11, 2009

My precious baby boy


Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua saya pada jam 6.35am dengan berat baby semasa lahir 3.8kg. It's a boy! Saya dan Rahim sepakat menamakan bayi ini Ahmad Nizar Rayyan. Nizar Rayyan dilahirkan ditempat yang sama masa lahirkan Umar dulu, di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Sungai Petani, Kedah atau lebih dikenali dengan Hospital Dr Zainol dan Dr. Ram. Sepanjang buat check up, semuanya dengan Dr Zainol tapi semasa proses melahirkan dengan Dr. Ram.



Semuanya bermula pada tengah malam Jumaat (12 am). saya dah turun tanda darah. Selalunye bila turun tanda ni lambat lagi nak bersalin. So, esok paginye Rahim dah bercuti dan bawa saya ke hospital. Dr kata saya bersalin maybe petang atau malam. Sementara menunggu, saya ditempatkan dibilik yang telah disediakan.



Pada pukul 12 am (sabtu) baru lah ada contraction dari 3o min selang masa sehinggalah 5 min yang bermula jam 4.30am. So, saya terus dimasukkan ke labour room. Alhamdulillah, saya selamat bersalin 6.35am. Saya lah orang yang pertama bersalin pada hari tersebut. then ada 4 lagi ibu menyusul seleaps saya.



Saya berada dihospital sehingga hari Ahad. Bila Dr datang check pagi Ahad tu, dia kata saya boleh balik rumah dah. :)



0 comments: