Wednesday, April 14, 2010

Home Sauna

Hmm, memandangkan berat badan ku naik balik, alternatif baru untuk menurunkan berat badan perlu dicari. Semasa kami sekeluarga pulang ke Sungai Petani minggu lepas, saya ada terbaca promosi set sauna di rumah dalam flyers yang diedarkan. Jadi petang tu kami ke kedai tersebut yang terletak di Taman Sejati Indah. Kedai tu merupakan pemborong barang2 spa dan pusat2 kecantikan. Macam2 produk ada, termasuk lah set jakuzi pun ada dlm kedai dia tu. Sauna bag tersebut berharga RM199 (termasuk cooker) dan bersama herba yang boleh digunakan 80 kali, total price RM230. So di bawah adalah gambar sauna tersebut.



TIPS DAN CARA MANDI SAUNA

TIPS UNTUK KESIHATAN

* Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
* Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
* Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
* Penggunaan sauna ketika perut kenyang adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.


TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN

* Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi
* Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

FAKTA KELEBIHAN MANDI SAUNA
MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai


MENYEMBUHKAN MASAALAH KULIT
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.


MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
* Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal selama 30 minit membakar 250 kalori


Monday, April 12, 2010

Rayyan is One

Semalam adalah birthday Ahmad Nizar Rayyan yang pertama. A simple celebration have been made to him. Ibu and Bapak celebrate birthday dia di rumah Tok Mak & Tok Abah. Yang bestnye setiap kali nak ambil gambar dia, Rayyan tak suka mesti mengelak dan nak nangis, tak sporting lah Rayyan ni. tengok abang Umar senyum aje. Rayyan dok sibuk nak pegang api pada lilin tu dan nak capai semua cupcake kat atas meja tu hehehhe, itu yang dia marah sangat tu.

Gambar di atas adalah gambar "walk & ride" from Playskool. Harga RM139.90. we bought it on Friday at Toy ur Us, Queensbay. Yang sayangnye promotion for baby just last on Thursday, so tak dapat le discount for this item.

Kalau dah beli untuk si adik, si abang pun mesti nak jugak kan... So we bought for him Fast Lane track, harga Rm89.90. Apa lagi bukan main seronok le Umar dapat present jugak, padahal bukan birthday dia pun hehehhe.

Tuesday, March 30, 2010

CATALOGUE TUPPERWARE 3/2010 (1 APRIL-15 MAY 2010)


HI every one, here are the new catalogue for this month. So selamat mencuci mata dan membeli-belah.
















Tuesday, March 23, 2010

My Hubby birthday on 18 March 2010

Ini kisah minggu lepas hari Khamis. My Hubby birthday on this day. So we celebrated at Gurney Plaza, sebabnye dah booking tiket 3D Alice In Wonderland. Kalau tak booking jangan harap le boleh dapat tengok 3D. Saya cuma bawak Umar je pergi menonton, tak bawak adiknye, Nizar kecik lagi, takpaham apa2 pun. silap2 boleh nangis dalam panggung yang gelap tu. Sementara menunggu hubby beli popcorn; Umar pronounce "Kupon" hahahhaha. Sempat le snap gambar Umar kat poster2 ini. layan....




After watching kitorang sempat lagi gi shopping, shopping kat FOS je, ada le dapat beli baju budak2 ni. sampai rumah pkl 6pm, ambil Nizar di rumah pengasuh and waiting Siti menghantar cupcake yang telah ditempah. My hubby very surprised, ingat xde apa2 yang diberi, rupanya ada lagi. Siti and Sya memberi nama cuppies ini Pacuan Kasih. Sedap betul nama cuppies ini, hehehhe. Rasa keknye pun sedap, Umar makan logo2 kereta sahaja, kek Ibu yang kena habiskan. Bertambah lah lagi berat badan Ibu. hehehhe

The very special present for him is the sunglass yang diidam-idamkan tu. Nak cari Ray-Ban, tak boleh buat curve, sebab hubby nak buat yang ada power, so apa yang boleh dibuat adalah dengan brand RayAx, spec yang pilot AirAsia pakai. Kami pun tak tau spec ini yang dipakai oleh pilot. heheeheh. Tempahan dibuat petang semalam, so siapnya pada minggu depan sebab special order. So ini lah gambarnya, layan....





Thursday, March 11, 2010

Genap umur Nizar Rayyan 11 bulan


Hari ni juga genap umur Nizar 11 bulan. Dan banyak juga lah perkembangan yang dia boleh buat, menyebut 'Nak Nak' berdiri sendiri sambil berpaut pada tepi kerusi, duduk sendiri, Ibu harap bulan depan dah boleh berjalan ye. yelah bulan depan, 11hb April cukup umur Nizar setahun. Dah lama Ibu nak upload gambar Nizar panjat tangga, hari ni baru berkesempatan nak upload. Di samping gambar dia yang agak tension bila tengok Bapak dah pasang safety gate, hehehhe. jom kita layan.











Thanks to Lin Handmade Greeting Cards

1st of all syukur Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki dan nasib. Saya terpilih dalam memenangi March 2010 Blog Giveaway by Lin Handmade Greeting Cards. Saya antara 36 peserta yang menyertai blog giveaway ini. Thanks to Azlina (The Blog Owner) for chosen me. I really appreciate it. :)

Monday, March 8, 2010

Shopping @ Miyao-Toki

Ini kisah pagi semalam, setelah selesai buat breakfast, basuh baju, sidai baju, so nothing to do, gosok baju pun dah buat hari Sabtu, so xde lah keje umah sangat yang perlu dibuat. So saya ajak hubby ke Mikasa Sale kat Kulim. And dia setuju, so saya pun apa lagi terus pegi mandikan anak2, siapkan susu letak dalam beg, and everything is ready, kitorang pun bergerak jam 10.30am, sampai ke destinasi jam 11am. Agaknye masih awal kot, jadi tak banyak kereta dan pengunjung, berbanding bulan 10 lepas memang ramai sangat orang. JAdi anak2 pun tak lah meragam. sempat le mengambil beberapa pinggan, mangkuk, mug. disamping dapat pinggan free hehehhe. with every purchase RM20 and above lah. klu idak, tak dapat le. So ini lah gambar pinggan dan mangkuk yang saya beli, semuanye color putih.