Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Rayyan is One

Semalam adalah birthday Ahmad Nizar Rayyan yang pertama. A simple celebration have been made to him. Ibu and Bapak celebrate birthday dia di rumah Tok Mak & Tok Abah. Yang bestnye setiap kali nak ambil gambar dia, Rayyan tak suka mesti mengelak dan nak nangis, tak sporting lah Rayyan ni. tengok abang Umar senyum aje. Rayyan dok sibuk nak pegang api pada lilin tu dan nak capai semua cupcake kat atas meja tu hehehhe, itu yang dia marah sangat tu.

Gambar di atas adalah gambar "walk & ride" from Playskool. Harga RM139.90. we bought it on Friday at Toy ur Us, Queensbay. Yang sayangnye promotion for baby just last on Thursday, so tak dapat le discount for this item.

Kalau dah beli untuk si adik, si abang pun mesti nak jugak kan... So we bought for him Fast Lane track, harga Rm89.90. Apa lagi bukan main seronok le Umar dapat present jugak, padahal bukan birthday dia pun hehehhe.

Thursday, March 11, 2010

Genap umur Nizar Rayyan 11 bulan


Hari ni juga genap umur Nizar 11 bulan. Dan banyak juga lah perkembangan yang dia boleh buat, menyebut 'Nak Nak' berdiri sendiri sambil berpaut pada tepi kerusi, duduk sendiri, Ibu harap bulan depan dah boleh berjalan ye. yelah bulan depan, 11hb April cukup umur Nizar setahun. Dah lama Ibu nak upload gambar Nizar panjat tangga, hari ni baru berkesempatan nak upload. Di samping gambar dia yang agak tension bila tengok Bapak dah pasang safety gate, hehehhe. jom kita layan.











Friday, March 5, 2010

Nizar dah boleh duduk sendiri

Perkembangan terbaru malam semalam, Nizar dah boleh duduk sendiri. Seronok Ibu dgn Bapak tengok perkembangan Nizar. Hmm apa lagi, bila dah tau skill duduk, tak berhenti2 lah dok mencuba duduk sendiri, sampaikan malam tadi terpaksa tutup lampu dan bagi susu, baru lah dia stop dan nak tido. Yang abang Umar pulak, dok menunjukkan aksi shuffle (tarian masa kini) mana lah dia belajar dance ni pun tak tahu lah. Budak zaman sekarangkan semua benda depa tahu.




Wednesday, March 3, 2010

Nizar dah suka panjat tangga

Sejak Nizar Rayyan ni masuk je umur 10 bulan, akal dia dah panjang sikit, mula nak panjat tangga. Saja je saya biar dia panjat, sambil diawasi, dia boleh panjat 10 anak tangga!!!. Amboi2 anak ibu ni bukan main lagi dia ye. Ibu dengan BApak dah nak kena beli pagar dah ni. kalau tak nanti bahaya la anak Ibu ni, buatnye tersembam ke, tergolek ke, sapa yang susah...

Wednesday, January 13, 2010

Sepetang di depan rumah

Gambar ni diambil pada 22 Dec 2009, masa ni didn't plan to go anywhere and just want to relax at home. Love to say that my hubby sangat suka decoration and landscaping work, but at the moment semua kerja2 tu still in progress. Look at Umar yang pantang nampak air, asyik nak main air, and si adik yang seronok bila ambil angin di luar rumah.

Look at this picture, it was taken on 25 Dec 2009, dua2 orang ni baru bangun pagi, tak mandi dan tak gosok gigi hehehhee. Macam baik je si abang duduk sebelah adiknye, tapi si abang sebenarnye sangat geram dengan adiknye, klu tak cubit tangan, cium di pipi atau pun paling agresif gigit tangan si adik. Abang Umar sayang adiknye tapi dia terlalu geram.

Tuesday, October 20, 2009

NIzar Rayyan dah boleh meniarap

Start from last week Nizar dah boleh meniarap dah. Alhamdulillah, perkembangan yang positive for him. dan jugak dah mula kenal Ibu dan Bapak dia. Bila saya tinggalkan dia kat atas mat, Nizar akan nangis minta jangan pergi dan ajak main dengan dia.

He's trying to move forward, sbb tu terangkat2 kepala tu. hehhehe


Friday, October 9, 2009

Alhamdulillah, NIzar Rayyan dah sihat.


Ahad lepas, Nizar demam dan sakit mulut sampai tak boleh minum susu. Saya bawa dia ke klinik pakar Dr Ho, Dr bagi dia antibitik dan ubat sapu atas lidah. Atas lidah jadi white spot macam orang kena ulser sebab tu dia xboleh nak hisap susu. Now, setelah continuous makan antibiotik keadaan dia dah semakin sihat, minum susu seperti biasa dan tak meragam dah. kalau tidak kesian kat dia dan jugak Ibu dia hehehhe sebab nak berdukung aje. Nizar dah kembali aktif seperti biasa. :)

p/S: sorri image tak jelas.

Monday, September 28, 2009

come back to work setelah cuti seminggu





Hmmm lama betui bercuti, cuti raya lah katakan. Masih tak terlambat rasanye kalau saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin, buat semua. So, this was for the 1st time nizar beraya dalam keluarga kami. Alhamdulillah, Nizar Rayyan tak meragam masa pegi beraya.

Wednesday, September 16, 2009

Duit Raya pertama daripada Auntie Ayu






Semalam lepas Ibu habis kerja di Makmal, Ibu balik ke tempat Ibu, dan tengok ada kuih raya dan kad raya. tengok kuih raya tu dah dapat agak dah orang yang bagi tu, memang favourite dia bagi kuih raya jenis ni. Bila buka kad raya, memang betul lah orang yang diteka tu, auntie Ayu. Apa yang specialnye, dalam kad raya Ibu je yang ada duit raya hehehhehe, member-member yang lain takde. Yelah sebab Ibu ada dua orang hero ni, duit raya tu untuk anak-anak Ibu lah. Rezeki anak-anak Ibu kan. Thanks ye auntie Ayu.


Monday, September 14, 2009

Counting days


Ada 6 hari je lagi nak menyambut Syawal. Kalau kecik-kecik dulu memang excited bila nak sambut raya, tp sekarang sejak dah jadi mak orang ni, semua tu dah kurang dah, cuma excited untuk belikan anak2 baju baru je. hehehhehe. untuk diri sendiri takde sangat pun. Ini adalah tahun pertama bagi Nizar menyambut syawal bersama-sama Ibu, Bapak, dan Abang Umar. Ibu dah belikan Nizar baju baru tau. Baju melayu yang agak besar jugak lah, terpaksa ibu alter tang kaki seluar tu sikit. Tapi oklah boleh dipakai.

Thursday, September 10, 2009

Rayyan 5 bulan 1 minggu


Supposely esok Nizar Rayyan genap 5 bulan. Perkembangan Rayyan sekarang ni, dia dah boleh meniarap dan akan menangis bila Ibu dia hilang dari pandangan dia. Bila ada depan mata dia bukan main seronok lagi, terkepak-kepak minta didukung. Umar pula nampaknye dah boleh jaga adik, 2 hari lepas dia tido kan adiknye masa saya nak solat. Pandainye si abang Umar ni. Ibu sayang Umar & Rayyan.


Saturday, August 8, 2009

Kebun Tok Abah di Bukit Selambau


Kami semua ke kebun tok abah on this day. nak buat rumah itik hehehehhe. Abah ada beli 4 ekor anak itik semasa Festival Kedah Maju bulan lepas. So bila anak itik ni dah besar sikit baru lah nak dilepaskan di kebun bukit selambau ni. Umar lah yang paling excited, sibuk nak jugak nak bersihkan kawasan untuk jadikan tempat itik2 ni bermain. Nizar pulak duduk dalam rumah dgn ibu, takut kena gigit nyamuk hehehhehe, tp boring gak dok dalam umah aje, keluar jugak lah tengok kawasan sekitar.

Wednesday, August 5, 2009

Happy Morning


Pagi tadi around 6.50am, dua2 beradik ni mood baik, especially si abangnye Umar. So saya snap lah gambar dua beradik ni. Nizar nampak happy bila diagah. Bapaknye yg tengah agah tu, klu tak susah gak dia nak senyum macam tu. Tak tau nak tulis apa lagi. Saya nak masuk lab dah ni amik sample.

Tuesday, July 14, 2009

Kehadiran Ahmad Nizar Rayyan



Salam semua,


Saya memohon maaf sebab sudah agak lama tidak mengupdate blog ini. ye lah xde masa sebenarnye dan pulak tu 2 bulan dok di rumah menjalani proses berpantang. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke-2 yang diberi nama Ahmad Nizar Rayyan b Abdul Rahim pada 11/4/09 (Sabtu, 6.30am) dengan berat semasa lahir 3.8kg. It's quite big. semalam saya baru pergi klinik utk suntikan imunisasi dan timbang berat dia, and nak tau berapa sekarang? his 6.2kg.


Nak tau macam mana boleh dapat nama Nizar Rayyan ni? Hmm, actually masa cuti tahun baru awal tahun ni 1 Januari 2009, saya tengah baca surat khabar dan baca di ruangan berita luar negara,. Kisahnye ada seorang komander HAmas telah terkorban bersama ahli keluarganya akibat dibom oleh askar Israel, dan nama komander ini Nizar Rayyan. Saya terus terpikat dengan nama ni sedangkan dah ada nama lain sebelum ni. Alhamdulillah, nama yang diberi sesuai dengan baby. So here are the profile of Nizar Rayyan


Since yesterday saya buat jualan tupperware di PPKA plak. and those who want to take a look boleh datang ke cube saya, di bilik postgrade ni.

Friday, July 10, 2009

Cupcakes for Nizar Rayyan


Rasa teringin nak tempah cupcake. dah lama dah nak buat tp tak tau untuk occasion apa. So sempena Nizar dah lahir ni saya tempah le kat Inasaly Bakery. Saya bagi design baby shower dan tempah 40 cuppies. Inilah hasilnye, very cute, especially the bootties. Husband Lina, Mizan yang datang hantar cupcakes ni kat USM.



Thursday, April 16, 2009

Hari ke-6

Gambar ni diambil pada hari ke-6 Nizar lahir. Rahim nak sangat dipakaikan baju yang dibeli di Sogo pada masa saya masih mengandung lagi. Masa tu dia ada kursus di KL pada bulan 3 tak silap saya. So ini lah hasilnye. Gambar di bawah adalah pada hari yang sama jugak bersama dgn abangnye.

Saturday, April 11, 2009

My precious baby boy


Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak kedua saya pada jam 6.35am dengan berat baby semasa lahir 3.8kg. It's a boy! Saya dan Rahim sepakat menamakan bayi ini Ahmad Nizar Rayyan. Nizar Rayyan dilahirkan ditempat yang sama masa lahirkan Umar dulu, di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Sungai Petani, Kedah atau lebih dikenali dengan Hospital Dr Zainol dan Dr. Ram. Sepanjang buat check up, semuanya dengan Dr Zainol tapi semasa proses melahirkan dengan Dr. Ram.



Semuanya bermula pada tengah malam Jumaat (12 am). saya dah turun tanda darah. Selalunye bila turun tanda ni lambat lagi nak bersalin. So, esok paginye Rahim dah bercuti dan bawa saya ke hospital. Dr kata saya bersalin maybe petang atau malam. Sementara menunggu, saya ditempatkan dibilik yang telah disediakan.



Pada pukul 12 am (sabtu) baru lah ada contraction dari 3o min selang masa sehinggalah 5 min yang bermula jam 4.30am. So, saya terus dimasukkan ke labour room. Alhamdulillah, saya selamat bersalin 6.35am. Saya lah orang yang pertama bersalin pada hari tersebut. then ada 4 lagi ibu menyusul seleaps saya.



Saya berada dihospital sehingga hari Ahad. Bila Dr datang check pagi Ahad tu, dia kata saya boleh balik rumah dah. :)